I'M TALKING
You never know how STRONG you are, until being strong is the only CHOICE you have
Mythical Creatures: August 2016

Miserable Day

Hallu and assalammualaikum.

Move on dengan sesuatu perkara tu memang something yang susah nak buat. Tambah-tambah bila kita cuba untuk move on dengan someone. Well that shit happens to me. I had a major problem on moving on. Kalau korang baca older post aku korang akan faham kenapa aku cakap benda ni. Kalau belum baca lagi. Boleh klik kat sini untuk baca cerita pertama dan sini untuk baca sambungan cerita kedua. Kalau dah baca korang akan faham kenapa aku cakap macam tu.

For those people yg kenal aku, diaorang tahu aku ni susah nak sedih and happy go lucky je 24 hours. Yes, I do admit that I rarely cry infront of my friends but when I do, I am totally depressed on something. Kawan paling rapat dengan aku je yang tahu macam mana perangai aku. Tapi one thing pasal aku yang tak ramai tahu is, aku paling tak suka tunjuk sedih aku. Sebabnya aku tak nak simpati sesape pun. Depan diaorg aku tunjuk kuat, tunjuk yang aku tak sedih pasal ape-ape pun. Tapi bila malam ja, Allah je tahu ape yang aku buat. Aku akan duduk dalam bilik dan menangis sebab teringatkan dia. Tiap kali solat aku tak pernah missed doakan dia. Semoga diampunkan segala dosa dia dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. 

Reason aku tulis benda ni dekat blog sebab aku tahu, takde sape pun yang akan baca. Tapi kalau diaorang jumpa blog aku ni. Memang miracle lah. Sebab aku tak bagitau sesiapa pun. Tak suka tagih simpati sape-sape. Kalau aku asyik bersedih je mesti diaorang pun naik rimas dengan aku. So aku cuba untuk kekalkan diri aku yang gila-gila macam dulu. Semua benda tak sama weh tanpa dia. Serious, aku dapat rasa sangat kehilangan dia dalam diri aku. He was a part of my life. I do missed him a lot. Hm

Okay, tu cuma pengenalan je hahahaha. Panjang kan pengenalan aku. Now baru kita masuk tajuk yang aku nak cerita. Ramai yang tak berapa rapat and yang rapat pun ada cakap "cepatnya dia move on" "macam manalah dia boleh tabah macam tu, kalau jd kat aku taktau lah" "dia boleh gelak-gelak lagi" and macam-macam lagi lah. Eventho diaorang tak cakap depan aku, tapi reaksi diaorang tu aku tahu sangat ape yang diaorang fikir. What make me pissed of is korang expect aku untuk menangis 24jam ke caner duh. Kau nak aku pegi kat kau pastu menangis-nangis. Meratap macam orang bodo. Bersedih. Duduk sorang-sorang layan perasaan. Shut all of my friends down. Macam tu??? Like seriously??! Kau tak faham apa yang aku rasa. Stop being such a judgemental person. Aku hadap benda ni sorang-sorang and tak menyusahkan sesiapa pun. Aku jadi orang yang periang sebab aku nak tutup sedih aku. Sebab kawan-kawan je yang tahu nak ceriakan hari aku and bagi aku kekuatan untuk terus hidup. Jangan pernah give up. Allah dah rancang semuanya untuk kita. Kita kena terima semua tu. I am so lucky to have them by my side. Diaorang lah pembakar semangat aku untuk terus ke depan. Aku have fun dekat sekolah sebab aku tahu, bila aku balik rumah aku rasa rasa sedih tu. I'm trying to make myself happy. Is it a wrong thing to do? So please stop being such a judgemental person. I'm tired of having this shitty things. You guys looked at me like I've done something terrible. I'm just want to be happy and I know, he also wants me to do this.

Dialah satu-satunya orang yang faham perasaan aku. Bila aku mengadu kat dia pasal macam-macam benda. Dia akan jadi pendengar yang setia. Dia akan bagi nasihat and macam-macam lagi untuk bagi aku rasa tenang. Kalau aku stress pasal ape-ape mesti dia akan call ataupun ajak jumpa untuk hilangkan stress. He know me very well. Dia tahu bila aku marah, sakit hati ataupun takde mood walaupun aku tak bagitau dia pun. "Kalau hg tak boleh tidur, hg call je aku. Kalau aku dah tidur pun hg call je. Kalau mimpi buruk pun call aku. Inshaa Allah aku akan angkat" tulah perkataan paling aku rindu nak dengar dari mulut dia. Sekarang ni aku susah sangat nak tidur. Setiap kali tak boleh tidur aku akan teringat ayat dia. Dulu tiap kali tak boleh tidur, aku akan call dia and bersembang dengan dia sampai mengantuk. Kalau mimpi buruk and terjaga dari tidur ke aku akan terus cari phone and call dia. Nangis-nangis pasal mimpi. Eventho dia tgh tidur, dia akan angkat. Dengan suara serak, dia akan cakap "takde apelah tu. mimpi je kan. aku ada ni. dah-dah jangan nangis, tak comel dah" dia tahu mcm mana nk tenangkan aku. Suara dia je yang dapat tenangkan aku. Sekarang aku tak dapat dengar dah suara dia tu. Aku rindu nak dia panggil aku "gila, gemuk, bongok" aku rindu nak dengar cerita merepek dia. Aku rindu nak dia reka cerita pasal macam-macam benda. Aku pun melayan cita bongok dia tu. Hahahaha. Rindunya nak buat benda pelik-pelik dengan hg sebab hg sorang je yang sanggup dan tahan dengan perangai pelik aku. Hg pun akan join sekali buat. Sebabtu aku suka buat benda pelik-pelik dengan hg. Rindu nak dengar hg marah aku bila aku terjoget-joget depan orang ramai. Lepastu nk dgr hg marah bila aku gelak kuat-kuat. Hg sorang je yang prihatin pasal pakaian aku. Hg selalu tegur aku pasal macam-macam. "Jangan pakai baju ketat-ketat" "tudung tu bagi labuh sikit" benda yang dia selalu pesan sebelum aku nak keluar pegi mana-mana. Bila pakaian aku tu macam tak kena dia akan cakap "hg pakai macam tu nak tunjuk dekat sapa? tayang semua kat orang? macam tu?" Ya Allah rindunya nk kena marah dengan dia. Tak pernah sesaat pun aku terlupa pasal hg. Harini sepatutnya aku pegi jumpa hg tapi petang tadi ade hal so tak dapat nak ziarah hg. Inshaa Allah nanti aku datang okay. 

I wish he was here. I do missed him. A LOT. 

Satu

"Dugaan yang Tuhan beri itu sentiasa bersebab. Sentiasa ada yang indah di sebalik jalan cerita yang Dia sudah aturkan. Ya, ramai yang merungut pada mulanya. Mungkin kerna mereka tidak nampak lebih manisnya hidup selepas hujan seperti yang dirancang Dia.

Setiap apa yang diberi buat kau untuk diharungi, ianya punya pelbagai maksud. Mungkin mahu kau lebih ingat pada Dia.Mungkin juga mahu kau lebih kuat dan punya kehidupan yang lebih baik dan tenang.

Tuhan itu sentiasa sayang pada hambanya. HambaNya sahaja yang kadangnya terleka dan tidak percaya sayangnya Tuhan pada dia. Jika kau perlu kekuatan di ketika kau sedang meronta, Dialah yang paling wajib kau cari.

Kerna segala kekuatan yang wujud, datangnya dari Dia dan izinya Dia. Muliakan Allah? Dia sentiasa beri kau peluang walau kadangnya kau terleka teruk" -Faiz Ibrahim 

Rindu

Sambungan cerita.....

Harini 7 Ogos 2016. Dah sebulan 2 hari hg pergi tinggalkan aku. Bohongla kalau aku cakap aku tak rindu setiap saat aku dengan hg kan. Setiap hari kita contact. Setiap minggu kita jumpa. Susah aku nak lupa hg mcmtu je. Aku rindu semuanya tentang hg. Allah je yang tahu macam mana sakitnya rasa rindu aku dekat hg. Sebelum ni bila rindu kita Skype kalau tak boleh jumpa. Kita call kalau tak boleh Skype. Kita tangkap gambar muka masing2 untuk lepas rindu. Sumpah aku rindu hg weh. Setiap malam sebelum tidur aku akan peluk teddy bear yg hg bagi aku tu. Kalau teddy bear tu takde, aku memang tak boleh tidur lah cite dia hahaha. Mengada kan aku ni. 


Aku rindu nak dengar hg membebel kat aku. Aku rindu nak dengar gelak ketawa hg. Aku rindu nk tgok hg buat muka dengan suara mengada hg. Aku rindu nk dengar hg tanya aku "hg sihat tak?" hampir setiap hari hg akan tanya aku. Paling aku rindu sekali ialah nk dgr hg ckp "dh makan belum?" bile aku cakap belum hg mesti akan cakap "kenape tk makan lagi ni?" aku akan cakap "takde makanan" @ "lauk tak best" lepas tu hg mesti cakap "nak aku belikan pape tak?" nnti hg akan dtg hantar makanan kat rumah aku. Padahal rumah kita jauh gila. Tapi hg sanggup jugak dtg sbb tak nak aku lapar. Bila aku buat folio lepas tu kedai print tutup aku mintak tolong hg printkan kat rumah hg sbb hg ada printer. Hg sanggup datang rumah aku padahal dah pukul 1-2 pagi dah. Aku rindu nak hg ambil berat pasal aku. Aku rindu semuanya. Tak pernah sesaat pun aku terlupa hg. Mana-mana aku pegi mesti aku teringatkan hg. Sebab ape? Sebabnya kita dah ronda satu Taiping ni berpuluh kali sampai dah jemu taktau nak pegi mana. End up kita pegi tempat yg sama. Lepas tu lepak situ sampai lewat malam. Port lepak kita tak banyak pun. Mcd Simpang, Mcd lake dengan lake. Tu jela tempat kita. Tapi paling kerap Mcd Simpang lah hahahaha 


Hg ingat tak kita pegi Manjung sebab aku nak cari kasut. Mengada kan aku ni. Mengada aku ni hg sorang je yg boleh tahan dan sabar. Tapi kita pegi Aeon Manjung jela sebab hg tak familiar sangat dengan jalan kat situ. Tak ronda mana-mana lepas habis shopping tu. Kita terus balik. Tapi hg ingat tak yg hg pernah janji dengan aku nak bawak aku jalan-jalan kat Ipoh dengan Penang bila hg dah dapat lesen kereta. Hg tak sempat pun nak habiskan lesen hg. Hg tak sempat nk bawak aku jalan-jalan naik kereta dgn hg. Akulah org yg galakkan hg utk ambil lesen kereta. Kalau tak hg mmg tak nak ambil lagi. Tapi sebab aku ni kan mengada hahahaha. Aduii apela aku ni. Teruk betul. Kawan-kawan aku pun tak sabar nak tunggu hg dapat lesen sebab diaorang nak naik dengan hg. Nak hg bawak kitaorang jalan-jalan naik kereta. Sampaikan kiteorang dh plan nk pegi mana. Biar hg jd driver. Hahahahahaha lawak betul. Tapi hm tulah, hg tak sempat nk tunaikan janji hg. 


 Kehilangan hg berat sangat buat aku. Aku dah biasa hidup dengan adanya hg di sisi aku. Teruk mana pun aku marah, merajuk, mengamuk. Hg sabar je dengan aku. Hg tak pernah tinggikan suara hg bila aku marah hg. Hg tenangkan aku. Suara hg lembut sgt. Aku tak jadi nak marah lama-lama. Sebab tu kita tak pernah gaduh lama-lama. Paling teruk pun 1 hari je. Esoknya hg akan pujuk aku lagi. Hg tak pernah giveup untuk bagi yg terbaik untuk hubungan kita. Tapi aku bersyukur aku mintak putus dengan hg masa sebelum puasa macam tu. Kurang dosa hg :) aku ingat lagi masa bulan puasa tu aku rasa takde feel nak raya langsung. Aku sendiri pelik kenapa aku mcmtu. Padahal akulah orang yg paling excited sekali nak raya sebelum ni. Tapi bile masuk bulan Ramadan je aku rasa camtu. Bayangkan seminggu sebelum raya baru aku pegi tempah baju. Nasib baik nyonya tu nak terima. Kalau tak pakai baju lama jela. Tapi mmg aku ingat nk pakai baju raya yg lama je. Aku buat tu pun sebab kawan-kawan dgn mak aku beria suruh aku beli baju raya. Baru sekarang aku tau kenapa aku rasa camtu. Hang pergi tinggalkan aku masa malam raya. Patutlah aku tak rasa nak raya sebab kalini aku beraya tanpa hg. 4 tahun kita beraya sama-sama. Bila tiba-tiba kena terima hakikat yang tahun ni dan tahun-tahun akan datang hg takde di samping aku buat aku rasa sayu sangat. Aku pernah bagitau hg pasal aku takde feel nak raya tu. And jawapan hg "aku pun sama, tahun ni aku tak rasa excited nk raya langsung. Kita sama Nasrin. Haih kenapalah kita selalu sama hahahaha. Hg mmg jodoh aku betul" hm tapi jodoh hg sampai dulu. Jodoh hg dengan Allah. Allah ambil hg. Aku kena belajar untuk hidup tanpa hg mulai harini. Tapi satu je aku nk cakap. Sampai akhir hayat aku, aku takkan pernah berhenti berdoa agar aku dengan hg disatukan di akhirat nanti. Inshaa Allah. Kita sama-sama doa tau.


  




Aku rindu hg 

Tragedi di malam Raya

Assalammualaikum and hye :) it's been a while isn't it? I'm just gonna straight foward on my story for today. No more nonsense talking.

Cerita dalam bahasa melayu lah yer? Okay kan cmtu. Senang sikit semua orang nk paham. Cerita kalini agak menyentuh perasaan sikit. Sikit jelah tak banyak pun hahaha. Let's Begin !


Semuanya berlaku masa malam raya. Kalau korang nak tahu aku ada teman istimewa. He was my boyfriend. Tapi kiteorg dah break kira mcm sebelum bulan puasa camtu sebabnye kawan aku ade share something yang buat aku tersentak pasal hal couple ni. Aku explain kat dia yg aku dah tak nak couple tapi aku tak nak lost contact dengan dia sebabnya aku sayang dia lagi. Kiranya macam kwn tapi still rapat mcm dulu cuma takde hubungan ape2 je. Dia faham and dia cakap dia pun nak berubah. Dia sayang aku jadi dia tak nak kami sama2 terus buat dosa dgn couple. Jadi kami ambil keputusan jadi kawan. Everything was great back then. Aku dengan dia dah 4 tahun 5 bulan. Bohongla kalau aku cakap aku tak sayang dia dah kan. Dia sorang je yang betul2 faham dan sabar dengan perangai aku. Sepanjang 4 tahun tu byk kali jugak kiteorg putus atas sebab2 tertentu. Dia still sabar and tahan dengan perangai aku walaupun dia tahu aku ni seorang yg susah nk di control. 


Masa malam raya dalam pukul berapa aku tak ingat, aku bukak Wechat masa tu. Bukak moment lah kan mcm biasa. Tengah scroll2 moment tiba2 aku nampak kwn dia (nama dirahsiakan) post gmbr dgn caption "tak sangka hg pergi dulu sahabat" aku tak percaya mula2. Aku chat dia, aku tanya "sape weh sape?" dia reply "*******(nama dirahsiakan) lah" aku cakap tak lawak kot main2 cmni, then dia kata "hg agak2 lah aku nak buat lawak pasal benda mati2 ni, dia kawan aku kot" masa tu Allah je yang tahu betapa terkejutnya aku. Tapi aku still tak percaya lagi. Aku message semua family dia tanya betul ke ape yg aku dgr. Aku chat semua kwn2 aku yang rapat dengan dia. Tiba2 ayah dia call, ayah dia ckp "yer betul, arwah dah takde. Dia dah meninggal" aku terus menangis sebab terkejut. Bayangkan malam raya aku dapat berita mcmtu. Aku terus jatuh terduduk sebab terkejut sangat. Aku sedih sangat. Aku menangis tak berhenti. Tiba2, kawan aku call dia ajak aku tido rumah dia sbb arwah akan dikebumikan malam tu jugak. Rumah kwn aku tu mmg dekat je dengan rumah arwah. Aku desak mama nk pergi jugak. Mama bagi aku pegi. Untuk kali pertama dalam hidup aku, abang aku peluk aku dan suruh aku sabar. Tersentuh hati kecil aku. Aku dgn abg aku tak pernah bermesra. Kami jenis bergurau dan bermanja secara kasar. Masa malam tu bila dia peluk aku, aku dapat rasa kasih sayang dia kat aku. Benda tu buat aku rasa nak menangis lagi. 


 Aku sampai kat tanah perkuburan dalam pukul 11-12 macamtu. Aku mmg tk ingat sebab aku tak tengok jam. Tapi ape yg aku ingt, phone aku tak berhenti berbunyi, byk message masuk. Kwn2 aku semua chat aku. Diaorg suruh aku tabah dan banyakkan bersabar. Tapi masa tu aku mmg tak boleh nak tabah. Orang yang paling aku sayang, orang yg berjanji akn berkahwin dgn aku masa umur 26 nnti dah pergi menghadap Ilahi. Ya Allah sedihnya aku rasa bila teringat ape yang arwah pernah janji dengan aku. Em. Masa aku sampai kat kubur tu, jenazah tak sampai lagi sebab masa tu jenazah ade kat Hospital Kuala Kangsar. Aku sabar menanti arwah masatu. Pukul 1.20 jenazah tiba. Arwah dikebumikan pada jam 1.30 pagi, 6 Julai 2016. Aku sempat tengok muka arwah sebelum muka dia ditutup dengan kain kapan dan dimasukkan ke dlm liang lahad. Alhamdulilah aku berkesempatan untuk melihat wajah arwah sebelum dikebumikan. Aku jugak dapat siram air pada kubur arwah. Mama, abah dan abg2 aku pun ade. Aku jumpa ibu arwah. Aku peluk cium ibu arwah. Ibu arwah pesan suruh aku banyak2kan bersabar dan tabah. Inshaa Allah umi :) aku pulang ke kereta dgn hati yg sayu sebab kena tgglkan pusara arwah. 


Tenanglah dikau disana MFH. Aku akan selalu ingat hg dalam setiap doa aku. Al-Fatihah. 




Will be continued........