Magical Creatures




ABOUT ENTRY
Rindu
Saturday, August 6, 2016 • 1:33:00 PM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!
Sambungan cerita.....

Harini 7 Ogos 2016. Dah sebulan 2 hari hg pergi tinggalkan aku. Bohongla kalau aku cakap aku tak rindu setiap saat aku dengan hg kan. Setiap hari kita contact. Setiap minggu kita jumpa. Susah aku nak lupa hg mcmtu je. Aku rindu semuanya tentang hg. Allah je yang tahu macam mana sakitnya rasa rindu aku dekat hg. Sebelum ni bila rindu kita Skype kalau tak boleh jumpa. Kita call kalau tak boleh Skype. Kita tangkap gambar muka masing2 untuk lepas rindu. Sumpah aku rindu hg weh. Setiap malam sebelum tidur aku akan peluk teddy bear yg hg bagi aku tu. Kalau teddy bear tu takde, aku memang tak boleh tidur lah cite dia hahaha. Mengada kan aku ni. 


Aku rindu nak dengar hg membebel kat aku. Aku rindu nak dengar gelak ketawa hg. Aku rindu nk tgok hg buat muka dengan suara mengada hg. Aku rindu nk dengar hg tanya aku "hg sihat tak?" hampir setiap hari hg akan tanya aku. Paling aku rindu sekali ialah nk dgr hg ckp "dh makan belum?" bile aku cakap belum hg mesti akan cakap "kenape tk makan lagi ni?" aku akan cakap "takde makanan" @ "lauk tak best" lepas tu hg mesti cakap "nak aku belikan pape tak?" nnti hg akan dtg hantar makanan kat rumah aku. Padahal rumah kita jauh gila. Tapi hg sanggup jugak dtg sbb tak nak aku lapar. Bila aku buat folio lepas tu kedai print tutup aku mintak tolong hg printkan kat rumah hg sbb hg ada printer. Hg sanggup datang rumah aku padahal dah pukul 1-2 pagi dah. Aku rindu nak hg ambil berat pasal aku. Aku rindu semuanya. Tak pernah sesaat pun aku terlupa hg. Mana-mana aku pegi mesti aku teringatkan hg. Sebab ape? Sebabnya kita dah ronda satu Taiping ni berpuluh kali sampai dah jemu taktau nak pegi mana. End up kita pegi tempat yg sama. Lepas tu lepak situ sampai lewat malam. Port lepak kita tak banyak pun. Mcd Simpang, Mcd lake dengan lake. Tu jela tempat kita. Tapi paling kerap Mcd Simpang lah hahahaha 


Hg ingat tak kita pegi Manjung sebab aku nak cari kasut. Mengada kan aku ni. Mengada aku ni hg sorang je yg boleh tahan dan sabar. Tapi kita pegi Aeon Manjung jela sebab hg tak familiar sangat dengan jalan kat situ. Tak ronda mana-mana lepas habis shopping tu. Kita terus balik. Tapi hg ingat tak yg hg pernah janji dengan aku nak bawak aku jalan-jalan kat Ipoh dengan Penang bila hg dah dapat lesen kereta. Hg tak sempat pun nak habiskan lesen hg. Hg tak sempat nk bawak aku jalan-jalan naik kereta dgn hg. Akulah org yg galakkan hg utk ambil lesen kereta. Kalau tak hg mmg tak nak ambil lagi. Tapi sebab aku ni kan mengada hahahaha. Aduii apela aku ni. Teruk betul. Kawan-kawan aku pun tak sabar nak tunggu hg dapat lesen sebab diaorang nak naik dengan hg. Nak hg bawak kitaorang jalan-jalan naik kereta. Sampaikan kiteorang dh plan nk pegi mana. Biar hg jd driver. Hahahahahaha lawak betul. Tapi hm tulah, hg tak sempat nk tunaikan janji hg. 


 Kehilangan hg berat sangat buat aku. Aku dah biasa hidup dengan adanya hg di sisi aku. Teruk mana pun aku marah, merajuk, mengamuk. Hg sabar je dengan aku. Hg tak pernah tinggikan suara hg bila aku marah hg. Hg tenangkan aku. Suara hg lembut sgt. Aku tak jadi nak marah lama-lama. Sebab tu kita tak pernah gaduh lama-lama. Paling teruk pun 1 hari je. Esoknya hg akan pujuk aku lagi. Hg tak pernah giveup untuk bagi yg terbaik untuk hubungan kita. Tapi aku bersyukur aku mintak putus dengan hg masa sebelum puasa macam tu. Kurang dosa hg :) aku ingat lagi masa bulan puasa tu aku rasa takde feel nak raya langsung. Aku sendiri pelik kenapa aku mcmtu. Padahal akulah orang yg paling excited sekali nak raya sebelum ni. Tapi bile masuk bulan Ramadan je aku rasa camtu. Bayangkan seminggu sebelum raya baru aku pegi tempah baju. Nasib baik nyonya tu nak terima. Kalau tak pakai baju lama jela. Tapi mmg aku ingat nk pakai baju raya yg lama je. Aku buat tu pun sebab kawan-kawan dgn mak aku beria suruh aku beli baju raya. Baru sekarang aku tau kenapa aku rasa camtu. Hang pergi tinggalkan aku masa malam raya. Patutlah aku tak rasa nak raya sebab kalini aku beraya tanpa hg. 4 tahun kita beraya sama-sama. Bila tiba-tiba kena terima hakikat yang tahun ni dan tahun-tahun akan datang hg takde di samping aku buat aku rasa sayu sangat. Aku pernah bagitau hg pasal aku takde feel nak raya tu. And jawapan hg "aku pun sama, tahun ni aku tak rasa excited nk raya langsung. Kita sama Nasrin. Haih kenapalah kita selalu sama hahahaha. Hg mmg jodoh aku betul" hm tapi jodoh hg sampai dulu. Jodoh hg dengan Allah. Allah ambil hg. Aku kena belajar untuk hidup tanpa hg mulai harini. Tapi satu je aku nk cakap. Sampai akhir hayat aku, aku takkan pernah berhenti berdoa agar aku dengan hg disatukan di akhirat nanti. Inshaa Allah. Kita sama-sama doa tau.


  




Aku rindu hg 
WASSALAMUALAIKUM!

Holla ?
Thank for coming


Welcome to My World


Assalammualaikum :) Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Thank you for visit my ordinary blog. Do visit again, okay ?
Status : He will always remains in my heart until my last breath ?

Talkboard ?
Leave your footprint here

Sila letak URL BLOG dengan betul (supaya aku boleh follow) bukan link iklan. TQ :)
Credits ?
Thanks To...

Basecode:Izyanyancinnamon Template:SYARIFAH
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Full Edited: NShah