I'M TALKING
You never know how STRONG you are, until being strong is the only CHOICE you have
Mythical Creatures: Tragedi di malam Raya

Tragedi di malam Raya

Assalammualaikum and hye :) it's been a while isn't it? I'm just gonna straight foward on my story for today. No more nonsense talking.

Cerita dalam bahasa melayu lah yer? Okay kan cmtu. Senang sikit semua orang nk paham. Cerita kalini agak menyentuh perasaan sikit. Sikit jelah tak banyak pun hahaha. Let's Begin !


Semuanya berlaku masa malam raya. Kalau korang nak tahu aku ada teman istimewa. He was my boyfriend. Tapi kiteorg dah break kira mcm sebelum bulan puasa camtu sebabnye kawan aku ade share something yang buat aku tersentak pasal hal couple ni. Aku explain kat dia yg aku dah tak nak couple tapi aku tak nak lost contact dengan dia sebabnya aku sayang dia lagi. Kiranya macam kwn tapi still rapat mcm dulu cuma takde hubungan ape2 je. Dia faham and dia cakap dia pun nak berubah. Dia sayang aku jadi dia tak nak kami sama2 terus buat dosa dgn couple. Jadi kami ambil keputusan jadi kawan. Everything was great back then. Aku dengan dia dah 4 tahun 5 bulan. Bohongla kalau aku cakap aku tak sayang dia dah kan. Dia sorang je yang betul2 faham dan sabar dengan perangai aku. Sepanjang 4 tahun tu byk kali jugak kiteorg putus atas sebab2 tertentu. Dia still sabar and tahan dengan perangai aku walaupun dia tahu aku ni seorang yg susah nk di control. 


Masa malam raya dalam pukul berapa aku tak ingat, aku bukak Wechat masa tu. Bukak moment lah kan mcm biasa. Tengah scroll2 moment tiba2 aku nampak kwn dia (nama dirahsiakan) post gmbr dgn caption "tak sangka hg pergi dulu sahabat" aku tak percaya mula2. Aku chat dia, aku tanya "sape weh sape?" dia reply "*******(nama dirahsiakan) lah" aku cakap tak lawak kot main2 cmni, then dia kata "hg agak2 lah aku nak buat lawak pasal benda mati2 ni, dia kawan aku kot" masa tu Allah je yang tahu betapa terkejutnya aku. Tapi aku still tak percaya lagi. Aku message semua family dia tanya betul ke ape yg aku dgr. Aku chat semua kwn2 aku yang rapat dengan dia. Tiba2 ayah dia call, ayah dia ckp "yer betul, arwah dah takde. Dia dah meninggal" aku terus menangis sebab terkejut. Bayangkan malam raya aku dapat berita mcmtu. Aku terus jatuh terduduk sebab terkejut sangat. Aku sedih sangat. Aku menangis tak berhenti. Tiba2, kawan aku call dia ajak aku tido rumah dia sbb arwah akan dikebumikan malam tu jugak. Rumah kwn aku tu mmg dekat je dengan rumah arwah. Aku desak mama nk pergi jugak. Mama bagi aku pegi. Untuk kali pertama dalam hidup aku, abang aku peluk aku dan suruh aku sabar. Tersentuh hati kecil aku. Aku dgn abg aku tak pernah bermesra. Kami jenis bergurau dan bermanja secara kasar. Masa malam tu bila dia peluk aku, aku dapat rasa kasih sayang dia kat aku. Benda tu buat aku rasa nak menangis lagi. 


 Aku sampai kat tanah perkuburan dalam pukul 11-12 macamtu. Aku mmg tk ingat sebab aku tak tengok jam. Tapi ape yg aku ingt, phone aku tak berhenti berbunyi, byk message masuk. Kwn2 aku semua chat aku. Diaorg suruh aku tabah dan banyakkan bersabar. Tapi masa tu aku mmg tak boleh nak tabah. Orang yang paling aku sayang, orang yg berjanji akn berkahwin dgn aku masa umur 26 nnti dah pergi menghadap Ilahi. Ya Allah sedihnya aku rasa bila teringat ape yang arwah pernah janji dengan aku. Em. Masa aku sampai kat kubur tu, jenazah tak sampai lagi sebab masa tu jenazah ade kat Hospital Kuala Kangsar. Aku sabar menanti arwah masatu. Pukul 1.20 jenazah tiba. Arwah dikebumikan pada jam 1.30 pagi, 6 Julai 2016. Aku sempat tengok muka arwah sebelum muka dia ditutup dengan kain kapan dan dimasukkan ke dlm liang lahad. Alhamdulilah aku berkesempatan untuk melihat wajah arwah sebelum dikebumikan. Aku jugak dapat siram air pada kubur arwah. Mama, abah dan abg2 aku pun ade. Aku jumpa ibu arwah. Aku peluk cium ibu arwah. Ibu arwah pesan suruh aku banyak2kan bersabar dan tabah. Inshaa Allah umi :) aku pulang ke kereta dgn hati yg sayu sebab kena tgglkan pusara arwah. 


Tenanglah dikau disana MFH. Aku akan selalu ingat hg dalam setiap doa aku. Al-Fatihah. 




Will be continued........
                                                                                                                                   

No comments: