Magical Creatures




ABOUT ENTRY
Maafkan aku...
Sunday, September 4, 2016 • 3:44:00 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!
Tahu tak apa yang menyedihkan? Benda yang paling sedih is bila kau rasa kau dah ada pengganti utk org yang pernah hadir dlm hidup kau selama 4 tahun. Tapi bila kau dengan dia, kau tak habis2 teringat dekat org yg pernah bersama dgn kau selama 4 tahun tu. Dalam masa yg sama kau rasa bersalah. Kau rasa kau berdosa. Kau rasa kau curang. Padahal tak pun. Kau rasa mcm kau dah buat satu salah paling besar. Let me go straight to the point. Orang yg pernah bersama dgn aku tu dah meninggal. Now aku tengah cuba untuk move on dan teruskan kehidupan aku mcm biasa. Masa arwah ada dialah tempat aku bergantung harap. Dialah org yg akan selalu ada dengan aku time susah senang aku. Walau ape pun yg jadi kat aku, dia tetap akan ada. Itulah satu-satunya sifat dia yg paling aku suka. Bila dia dah takde, aku rasa sunyi. Aku dah takde tempat nak bergantung harap. Aku dah takde tempat berkongsi masalah. Aku dah takde sape nk kongsi susah senang aku. Nak cerita dekat dia ape yg jadi sepanjang hari. Ape yg aku buat dkt sekolah. Aku gaduh dgn sape. Sape kacau aku. Semua tu aku selalu cerita dekat dia. Tapi bila dia dah takde, aku rasa kosong. Aku rasa separuh dari jiwa aku dah mati.

Masa arwah dah takde, datangla seorang lelaki ni. Bagi aku semangat dan cuba untuk ceriakan hari aku. Ya aku rasa gembira, tapi tak segembira bila dengan arwah. Setiap kali aku dengan dia, aku akan teringat dkt arwah, dan aku akan bandingkan diaorang. Aku tahu aku tak patut buat mcmtu. Tapi aku rindu arwah, dalam hati aku selalu ckp "arwah lain, dia tkkn buat mcmni. Dia akan layan aku elok2 lagi" aku tahu aku mmg tak boleh cakap macam tu. Boleh katakan bila aku chat dgn dia pun aku akan teringat dekat arwah. Bila aku keluar dgn dia pun aku akan teringat dengan arwah. Lepastu bila balik rumah je aku akan menangis sbb aku rasa bersalah sangat. Aku sayang arwah tapi aku buat macam ni. Aku rasa aku berdosa sangat. Hm dan aku rasa macam aku dah gunakan lelaki tu untuk isikan kekosongan aku. Aku gunakan dia bila aku bosan dan perlukan teman untuk berbual. Aku takde perasaan langsung dkt dia. Aku permainkan dia. Ya Allah kenapa aku macamni. Kalau arwah tahu mesti dia sedih. Hm


Aku terlalu rindukan arwah, Setiap masa dan saat aku teringatkan dia, tambah2 bila tengok drama yang touching2. Haa mulalah teringat semua kenangan bersama. Lepastu meleleh air mata ni. Aku tahu aku nak SPM, aku tak boleh terus bersikap mcmni. Tapi aku sangat2 perlukan seseorang yang bole faham aku macam mana arwah faham dan sayang aku. Dia sorang ja yang memahami aku. Aku terlalu sayangkan dia sampai aku rasa takde sape yang layak gantikan tempat dia. Ya Allah kau kuatkanlah hati aku ini semoga aku dapat meneruskan kehidupan tanpa arwah disisi untuk memberi semangat. 
WASSALAMUALAIKUM!

Holla ?
Thank for coming


Welcome to My World


Assalammualaikum :) Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Thank you for visit my ordinary blog. Do visit again, okay ?
Status : He will always remains in my heart until my last breath ?

Talkboard ?
Leave your footprint here

Sila letak URL BLOG dengan betul (supaya aku boleh follow) bukan link iklan. TQ :)
Credits ?
Thanks To...

Basecode:Izyanyancinnamon Template:SYARIFAH
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Full Edited: NShah