Magical Creatures




ABOUT ENTRY
He came
Thursday, January 12, 2017 • 9:32:00 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!
Dah lama tak mimpi arwah. Tadi tertido kejap sebab petang tadi penat sangat buat macam-macam. Gembiranya dapat jumpa dia even sekejap dan dalam mimpi. Terjaga dari tidur terus nangis. Sedih sangat. Dalam mimpi tu dia handsome sangat. Dia pakai baju putih. Muka dia Ya Allah bersihnya. Sejuk hati tengok dia. Berlari aku pegi dekat dia lepastu peluk dia. Aku tanya "kenapa lama sangat tak datang jumpa aku. Aku rindu tau tak?" Aku terus nangis. Macam biasa dia akan cakap "alolo siannye dia, ni aku dah ada kan janganla nangis lagi. Aku datang bkn nk tgok hang nangis" hmm 😢 

Kita jalan2 dekat taman. Aku cerita macam-macam dekat hang. Rasa macam real sangat. Rasa macam tak nak bangun dari tidur. Rasa macam nk terus bermimpi lepastu ikut hang. Punya rindulah aku kat hang sampai mcmtu sekali hahaha. Hang banyak tanya and senyum. Seronok dapat jumpa hang, bila aku cerita benda pelik-pelik hang macam biasa akan panggil aku bongok 😂 Yer bongok tu dah mcm nickname aku dah kat hg. 

Masa tu tiba-tiba hang cakap hang dah nak kena pegi. Aku terus takde mood and masam muka. Before hang pegi hang pesan banyak sgt benda. Hang cakap "solat jangan tinggal, pakai elok2 jgn seksi2 sangat. Kalau sayang aku tutup aurat betul2. Nnti kita jumpa kat syurga ye. Jangan salah pilih kawan sebab nanti kalau salah pilih orang tu yg akan jatuhkan hg. Jangan mudah percaya cakap orang. Kalau nk cari pengganti aku pilih betul2. Jgn pilih sebarangan. Tak semua orang ikhlas mcm aku hahaha. Ingat tu tau. Aku tak nak tengok hg kecewa. Aku nak hg bahagia. Jangan sedih2. Aku lagi sedih. Jaga diri elok2. Jangan malas makan. Hg tu makan pun kena paksa. Ingat tau. Aku sayang hang. Selamat tinggal. Assalammualaikum" lepastu hg terus hilang and aku pun terbangun dari tidur. 

Bangun dari tidur je aku terus menangis. Aku boleh hafal semua yg hg ckp tu. Sebab aku rasa macam terngiang-ngiang suara hg. Aku gembira sangat dapat tengok senyuman hang, gelak ketawa hang even sekejap sangat. I miss you so much Fakhrul 😞😞 
WASSALAMUALAIKUM!

Holla ?
Thank for coming


Welcome to My World


Assalammualaikum :) Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Thank you for visit my ordinary blog. Do visit again, okay ?
Status : He will always remains in my heart until my last breath ?

Talkboard ?
Leave your footprint here

Sila letak URL BLOG dengan betul (supaya aku boleh follow) bukan link iklan. TQ :)
Credits ?
Thanks To...

Basecode:Izyanyancinnamon Template:SYARIFAH
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Full Edited: NShah